Thursday, April 2, 2009

Nukilan ku (Cerpen) - Janji

JANJI

Malam semakin tua dan kedinginannya menusuk hingga ke tulang hitam. Aku asyik memikirkan tentang apa yang diperkatakan oleh mak tadi.
“Anis bila nak kahwin? Umur Anis makin meningkat dan mak pula semakin tua. Sekurang-kurangnya mak nak tengok Anis kahwin sebelum mak tutup mata”
Arrghh…kata-kata mak tadi benar-benar menusuk hati dan jiwa. Aku tak tahu macam mana nak buat. Bukan aku tak nak kahwin tapi dah calon suami tak da. Aku teringin nak memangku anak seperti Lela, Zurin, Mira dan ramai lagi yang seangkatan dengan aku. Aku bukan memilih tapi jodoh macam tak boleh mendekati, bila mak usulkan aku pergi buat blind date dengan orang pilihan hatinya, semuanya aku reject. Entah kenapa aku rasakan aku sedang menunggu seseorang. Sekarang emak suruh aku jumpa dengan anak sahabatnya, Rizalman.
Malu masih lagi bertandang tatkala kami berdua keluar bersama. Nak kenal hati budi masing-masing la kononnya. Tapi rupa-rupanya dia hanya ingin menyindir aku.
“Hai orang belajar tinggi-tinggi melangit macam kamu ni takkan tak da yang tersangkut. Zaman sekarang ni zaman cari cinta, dah pupus dah zaman mak yang menyuruh pergi blind date.” Ishh..mamat ni nak kena karang. Aku dah la tak da mood nak bercakap. Dah la kena paksa jumpa dengan mamat senget ni. Nak kata rupa tu takda, ada la macam Azizan Nin tapi sorrylah aku tak berminat. Aku bukan jenis yang memandang rupa yang penting perangai tu perlu jaga.
“Macam nilah Encik Rizalman, saya pun tak sudi nak jumpa dengan awak terutamannya dengan orang berperangai tak senonoh macam awak ni. Tak kuasa saya nak datang tau, ni sebab mak saya yang paksa saya datang” Huh..padan muka, tu la nak mengata orang tengok kaki la. Aku ni kan peguam, tentulah pandai nak berbahas dengan manusia yang tak reti bahasa macam dia ni.
“Macam nilah, apakata lepas makan kita ikut haluan masing-masing. Lagipun saya rasa perjumpaan ini tidak akan kemana-mana” Aku memecah kesunyian kerana kami masing-masing ketiadaan modal untuk bercakap. Dia hanya menurut sahaja dan kami terus pulang selepas makan.

****************************************************************************************

Seminggu selepas perjumpaan itu, Rizalman menelefon aku. Entah apa yang nak diperkatakan pada ku. Emak pula bengang dengan tindakan aku. Katanya aku belum mengenali anak sahabatnya itu. Emak sangat menyukai Rizalman, entah apa yang menarik tentang dia aku pun tak tahu. Sampaikan jantung mak jadi lemah dan tidak boleh menerima apa-apa kejutan lagi selepas mendengar cerita aku. Mamat senget punya kerjalah, pergi mengadu sangat kat mak aku.
“Sorry pasal minggu lalu, saya tahu saya tak patut cakap begitu pada awak. Errmm..macam ni apa kata kita kahwin.” Katanya sambil tersengih.
Air yang aku minum tersembur ke mukanya. Nasib baik air kosong je. Aku menahan ketawa melihat reaksinya.
“Apa awak kata kahwin? Awak dah gila ke? Lagipun kita ni jadi sahabat pun tak boleh tau, kahwin lagilah” Aku hanya mengeleng kepala ku.
“Saya tahulah kamu terkejut, tapi tak payah sembur air kat muka saya.” Aku kesian melihatnya terkial-kial mengelap air semburan aku tadi. Tu lah padan muka sapa suruh buat kejutan bodoh macam ni. Tapi muka mamat ni nampaknya serius, ah pedulikan lah.
“Kamu ni lawaklah, kan kita bersetuju nak ikut haluan masing-masing. Kenapa nak ajak saya kahwin pula. Dah buang tabiat nampaknya kamu ni”
“Ya, memang saya dah buang tabiat, tapi saya perlu kahwin dengan kamu. Err..maksud saya, saya nak kahwin dengan kamu.” Pelik aku mamat ni, dah kahwin nikah ni bukan perkara main-main.
“Saya dah bercakap dengan mak kamu dan dia bersetuju nak kahwinkan kita berdua bulan depan” Burrr…habis melayang nasi yang aku makan ke muka dia. Namun dia nampak tenang walaupun dua kali aku tersembur nasi dan air ke muka dia. Nasib la sapa suruh buat lawak bodoh depan aku.
“Saya tahu kamu tak percaya jadi kamu telefon lah emak kamu kalau nak dapatkan kepastian” Tenang dan bersahaja je mamat ni berkata-kata, tapi aku ibarat duduk di atas bara. Aku tahu dia serius dengan kata-katanya.

****************************************************************************************

Emak mengugut aku, kalau aku tak kahwin dengan Rizalman, aku tak dibenarkan balik kampung. Alahai susahlah macam ni, ditelan mati mak, diluah mati ayah. Aku tersepit dengan keadaan begini dan aku terpaksa mengikut kata-kata mak namun mak tidak tahu yang aku membuat perjanjian dengan si mamat senget. Entah apa yang membuat dia terdesak sangat nak kahwin dengan aku. Kot-kot kena tibai oleh mak dia kot pasal aku ngadu dengan Mak Ngah Julia pasal anak dia memalukan aku masa pergi blind date. Bukannya aku tak kenal dengan emak Rizalman tu, aku selalu pergi main depan rumah dia masa aku kecil dulu, selalu juga emak dia menjamu aku makan cekodok pisang dan kini ia merupakan makanan feveret aku. Tika aku berjalan masuk ke dalam pejabat, setiausaha ku mendapatkan aku.
“Cik Syakira, Datuk panggil cik masuk dalam bilik Datuk selepas cik masuk ke pejabat. Katanya penting” Aku memandang sekilas setiausaha ku itu. Sudah lima tahun aku bekerja sebagai peguam di syarikat ini. Megah Indah Industri merupakan syarikat perkilangan kain utama di Malaysia dan aku diberi tanggungjawab besar memikul tanggungjawab itu. Namun aku seronok bekerja di sini kerana layanan Datuk Tarmizi ibarat ayah kepada aku. Katanya aku ibarat dia masa muda-muda dulu, tekun, bijak, pandai berkomunikasi dan amanah melakukankan kerja serta paling penting aku tegas dengan semua orang.
Tuk..tuk..
“Masuk” Aku mendengar suara dari dalam. Tentu suara Datuk, aku masuk dan perlahan-lahan menutup pintu dan melihat seseorang membelakangi aku.
“Apa yang Datuk ingin bicara dengan saya?” Aku menuturkan kata-kata ku dengan lembut kerana memang begitu perangai ku bila berhadapan dengan orang atasan ku, namun tidak bermakna aku membuli orang bawahan aku.
“Saya nak awak kahwin dengan saya” Aku terkejut dengan kenyataan itu dan tersungkur di lantai tatkala Datuk berpusing mengadap aku.
“Kamu…” aku tidak dapat berkata-kata selepas itu kerana dipermainkan oleh Rizalman dan kaki aku yang sakit kerana terseliuh semasa berundur kebelakang tadi. Rizalman berasa bersalah kerana mempermainkan aku. Dia cuba menolong aku bangun namun aku menepis tangannya.
“Wei, kau ni ada masalah otak ke? Dah la menceroboh masuk dalam bilik Datuk lepas tu kamu..kamu..ahh..tak guna aku bercakap dengan kamu. Kamu..” aku hampir terjerit apabila dia mengangkat aku ke sofa.
“Kamu jangan sentuh aku. Haram tau..” Dia hanya tersenyum dengan gelagat aku. Yelah sapa tak bengang bila tiba-tiba je mamat senget ni muncul depan aku dan masuk ke dalam bilik big bos. Heran macam mana mamat ni boleh masuk dan duduk di kerusi Datuk. Perkara ini bermain-main di fikiran aku.
“Hai Riz, papa masuk dalam bilik sendiri pun ada drama Melayu, hairan betul.” Haa..papa?? Papa mamat senget ni, opsss..Rizalman, maknanya Datuk Tarmizi tu bapa mertua aku. Aisey..bakal la. Kenapa la aku ni bengap sangat.
“Anis..Anis..takkan lah kerja kat sini selama lima tahun dengan uncle dah lupa muka hensem ni” Kedua-dua lelaki itu tersenyum ke arah aku. Aku dah bingung dengan drama Melayu yang dimainkan oleh kedua-dua lelaki di depan aku. Barulah aku perasan kerana mereka berdua agak mirip bila tersenyum.
“Pak Ngah Mizi?? Ya Allah, jadi selama ni Pak Ngah tahu yang Anis ni siapa. Jadi selama ini semua ini dirancang dan siapa yang jadi dalangnya?” Aku gembira dengan pertemuan ini namun aku masih marah dengan Rizalman kerana mempermainkan aku.
Rizalman mendekati aku dan menyarungkan gelang kristal berwarna ungu di tangan ku. Aku terkejut dengan tindakannya itu. Aku ingat ingat lupa dengan gelang kristal kemudian teringat hadiah itu adalah hadiah dari seseorang yang aku sayangi dan aku tunggu selama ini.
“Ijal??” Nama orang yang aku rindui selama ini. Tidak ku sangka yang aku telah melupai janji aku sendiri. Patutlah aku lambat menemui jodoh, rupanya jodoh yang di atur ini lebih indah dari segalanya. Aku bersyukur dengan apa yang di aturkan untuk aku. Tuk..kepala ku diketuk oleh Rizalman.
“Adui..sakit la Ijal..” Aku berpura-pura ketukannya itu menyakitkan padahal aku bahagia sebenarnya.
“Bukan Ijal tapi abang. Itu adalah hadiah untuk orang yang lupa tentang janjinya. Anis dah lupa ke yang kita berjanji yang kita akan berkahwin bila besar nanti. Abang sangat gembira bila Anis setuju untuk jumpa abang. Tapi lepas Anis kata kita ikut haluan masing-masing, abang terkejut kerana Anis tak mengingatkan abang dan sampai hati Anis pulangkan rantai tangan ini pada abang” Nadanya ku rasa sayu.
Sesungguhnya aku sengaja memulangkan raintai kristal itu kerana mereka sekeluarga berpindah ke luar negara semasa aku darjah lima. Nampaknya kami mengotakan janji yang telah lama kami meteraikan di bawah pokok sena.

****************************************************************************************
Rizalmanlah yang menjadi dalang disebalik semua yang berlaku. Memang aku telah terlupa dengan janji itu namun aku bersyukur Rizalmanlah orang yang telah menunaikan janji kami. Nampaknya semua orang menjadi tali barut Rizalman termasuklah emak aku sendiri. Patutlah macam-macam helah yang emak berikan tatkala aku bagitau yang aku tidak menyukai Rizalman.
Kini aku bahagia disamping Rizalman, suamiku dan juga sahabat waktu kecilku. Tambahan pula aku kini berbadan dua dan kegembiraan kami telah pun berganda. Semoga kebahagian yang aku kecapi ini akan berkekalan. Amin.

No comments:

Post a Comment