Tuesday, July 7, 2009

Pembuangan Bayi Secara Berleluasa

Entah apa nak jadi dengan dunia zaman sekarag ni..x tahu nak beza apa yang halal dan apa yang haram. Ibarat pesta membuang bayi, ibarat ada musim mengawan dan di keimanan yang disemai dari kecil. Kurangkah didikan agama daripada ibu bapa? Kurangkah didikan moral daripada guru2 kiter. Ke mana adat Timur kita yang dibanggakan itu..MasyaAllah, anak2 kecil menjadi mangsa..tiada tempat berteduh malah tiada kasih sayang. Di mana kah darjat 'manusia' kalau dibuang ibarat sampah oleh manusia yang tidak mengenal Tuhan ini. Mereka bertuhankan nafsu yang tiada siapa yang melarang. Ke manakah maruah umat Islam bila bayi2 yang trbuang ini dari darah daging anak Adam yang diberi hidayah Allah SWT dari alam rahim lagi. Tidakkah mereka tahu bersyukur? Bila terlajak barulah tahu erti maruah..namun sia2 saja jika kesedran yang datang setelah melahirkan anak tak sah taraf. Fahamkah perasaan mereka apabila besar nanti bila mereka menghadapi masalah yang lebih besar. Manjadi cemuhan masyarakat padahal bukan salah mereka. Terbuang, terkulai malah ada yang dibaham binatang sebagai makanan. Malu..malu..bila manusia disama tarafkan sebagai makanan sedangkan mereka bernyawa. Jangan berdalih, tapi bersemuka dan bertanggungjawablah..kerana Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sunday, July 5, 2009

Makan-lah

Bebaru ini ada la aku kuar makan nga geng2 bas sekolah aku, jalan2 pastu perut lak berkeroncong lagu untuk ana, aku puas jalan2 cari makan pastu terserempak pula nga poster Hantu Ambulance dari Indonesia. Tertarik gak tapi niat kitaorang nak tgk wayang Transformer terlaksana kerna terpaksa aku makan la kat food court. Huhuhu..aku pusing2 1Malaysia cari makanan aku makan la nasi paprik yang sedap sampai menjilat jari. Aku makan la nasi dalam kuali kecil yg comel lagi cute. Entahla..skang ni macam2 teknik pemasaran yang ingin menarik pelangan. Walaupun ia menarik namun masakannya indah kabar dari rupa. Sehari kemudian aku pi makan dekat Tesco, yg ada food court yang macam2 ader. Dari China ke Japan pun ada..tapi perut aku orang Melayu punya. Hahaa..walaupun aku suka makan makanan cina, tapi jangan risau sumernya HALAL. Sebut pasal halal lak, ader lak satu penyakit yg berkaitan halal/haram ni. Selsema babi..isu yg sering berkaitan dengan umat Islam ialam Babi..tapi penggunaan selsema Babi ni, halal ker? Apa pun lantakla..korang nak panggil aper. Tapi kalo sebut In..flu..enza..A susah lah nak nak sebut..kan tu satu penyakit gak..issh..susahnya kalo da banyak nama tapi 1 jer jenis penyakit. Tapi nasihat ku..hati2 la kalo pi luaq negara ni. Mana2 pun ada penyakit..tak pon yg cari penyakit pon ader. Wasalam

Sunday, May 3, 2009

Kimono Ungu Bersulam Bunga

Oleh rebecca Ilham

Cawan kecil terbiar di tengah meja rendah tanpa bersentuh. Salwa sedar kyusu comel berlakuer merah disepuh ukiran emas motif buluh dan bumbungan kuil Shinto berisi teh krisantemum itu dipesan khas untuknya sementelah Kenji lebih selesa menikmati sake. Salwa dahaga, terlalu; penerbangan enam jam dari Kuala Lumpur ke Tokyo diikuti mesyuarat panjang membebankan seluruh sistem. Namun meski rentan seluruh tubuh, entah mengapa dia keberatan membatalkan janji untuk menonton persembahan kabuki di Ginza bersama Kenji.
Mujur lelaki itu belum menempah tiket untuk pertunjukan penuh empat babak. Hampir sedekad, tetapi ingatan Kenji masih kuat. Paling lama, konsentrasi Salwa hanya dapat bertahan sehingga pertengahan babak kedua. Oleh itu, dia berkeputusan untuk mendapatkan tempat duduk penonton pementasan tunggal, atau makumi sahaja. Telahan itu terbukti tepat kerana belum pun sejam tirai disingkap, Salwa sudah ditewaskan kelelahan. Dia menyinggung rusuk, mengajak teman lama itu beredar sewaktu pelakon utama lelaki gemersik mengalunkan joruri.
Sungguhpun letih seluruh, harum aroma teh bunga itu gagal membunuh bungkam yang merajai kujur tubuh. Salwa mengembungkan pipi, melepaskan kantuk tanpa menguap besar. Di seberang meja rendah, Kenji ikut membatu biar sesekali matanya berkelintar menduga air muka Salwa yang menekur simpuhan di atas tatami. Aneh. Tatkala intim bersebelahan di dalam panggung gelap, Salwa tidak pula canggung menyendengkan kepala ke atas bahu Kenji. Namun di bawah sinaran benderang lampu kalimantang kamar jamuan sebuah ryokan pilihan, dia malu dan segan serentak.
Kamar jamuan sederhana besar pengap didakap sunyi namun libang-libu para pelayan berulang-alik dari ruang dapur ke setiap kamar jamuan berdesir dekat di cupingan. Salwa tahu di balik shoji yang menyempadani ruang privasi pelanggan, para pelayan peka menelinga. Oleh sebab itu, saban kali mereka mengunjungi pelbagai ryokan di sekitar kampus Todai Daigaku di Hongo, Kenji akan memulakan perbualan dalam bahasa Inggeris dan Salwa akan membalas dalam bahasa yang sama.
Namun kali ini Salwa kenanaran sementelah Kenji menolak untuk memulakan. Atau apakah setelah sepuluh musim meninggalkan Pulau Honshu dan menggeluti lapangan kerjaya di tanah air, dia tanpa sedar telah menyarung peran tipikal seorang perempuan Melayu yang pasif di hadapan insan bertentang gender?
Masih pegun. Ekor mata Salwa memetia pergerakan tertib jari-jemari Kenji. Seorang pelayan wanita bergegas mampir, tunduk beberapa kali, sambil rusuh menggumamkan gomennasai kerana kelalaian memantau keperluan. Salwa ingin melarang namun sekilas teragak, niat terencat apabila ditahan Kenji. Pelayan wanita berwajah putih melepak ditepek oshiroi tebal berlalu, meninggalkan sepasang manusia bertentang jantina dalam situasi yang menjanggalkan. Salwa mengetap bibir.
“Ini bukan lagi era Sengoku Jidai, Ken. Feudalisme telah berkubur; setiap manusia bermaruah, lelaki dan wanita, tidak seharusnya merebahkan badan sebegitu rendah untuk menyembah sesiapa.”
Kalimah wanita, atau joshi, yang sengaja dikeraskan berderau kesat di cupingan Kenji. Kening kiri lelaki kelahiran Tennoji, Osaka itu terjungkit tinggi sementara secalit senyum terhibur terjungkir di pinggir ulas bibir tipis. Salwa menahan nafas, sedaya meredakan jantung yang tiba-tiba kencang memukul sangkar rusuk.
Salwa mendengus sekali. Bilah hashi antara jari-jemari diketuk-ketuk di atas permukaan meja. Selera yang tumpul terbantut terus. Meski diselindungkan jenaka, Salwa maklum Kenji menjeruk rasa. Jikalau tidak, masakan lelaki itu kekal solo selepas hampir sedekad. Argh, mustahil tiada jururawat genit yang mencuri perhatian, atau cubaan memadankan pasangan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Budaya Melayu dan Jepun meski berbeza leluhur, tetapi praktisnya tetap menyatu!
“Bukan kebebasan, Ken, tetapi keadilan.” Salwa membetulkan, mata jelinya bersinar, nakal dan galak. “Dan bukan semua lelaki, hanya lelaki Jepun.”
Kenji melepaskan bilah hashi ke sisi mangkuk sup miso yang masih penuh, bersedia untuk mengatakan sesuatu tetapi dipangkas kuakan shoji. Dia kurang menyukai sayur-sayuran mentah, maka nimono barangkali dapat menggebukan selera.
“Argh, aku terlupa! Budaya timur, atau budaya Jepun terutamanya berteraskan konsep patriarki cenderung memenangkan lelaki sementara kaum wanita pula dikesampingkan dan ditindas.” Kenji mengujar, semacam mengulang pernyataan panjang dari memori. Salwa memuncungkan bibir.
“Sejarah merakamkan begitu, Ken. Biar menjawat gelar doktor, jangan pula engkau mempersendakan kebenaran.”
Kenji tersengih. “Tetapi Cik Sejarawan juga harus ingat bahawa pada zaman Heian seawal kurun kedua belas, wanita Jepun berhak mewarisi harta pusaka dan diberi kuasa menguruskannya sendiri tanpa campur tangan ahli keluarga lelaki.”
“Namun apabila sistem pentadbiran terjungkir balik dikuasai syogun dan samurai, wanita telah kehilangan keistimewaan yang sebetulnya adalah hak asasi itu. ” Salwa cekap meningkah.
“Kau juga mesti memahami konteks masa, Sal-chan. Semasa era pemerintahan syogun, keruntuhan moral masyarakat berleluasa. Oleh itu, keputusan diambil agar kebebasan wanita dikekang untuk mengawal sakit sosial yang meruncing.”
Salwa mencemik. “Tetapi mengapa kawalan sosial itu hanya dikuatkuasakan terhadap wanita, Ken? Hah, jikalau lelaki tidak mengerapi rumah-rumah pelacuran, akan wujudkah golongan geisha? Teori ekonomi yang mudah: tiada permintaan, tiadalah bekalan. Cuma, mengapa wanita sahaja yang terus-terusan dipersalahkan? Kenji mencapai cawan sake. Dia meneguk sekali sebelum menyisipkan cawan comel ke sisi gubahan ikebana. Reaksi pasif itu digunakan Salwa sebaiknya.
“Pemerintahan syogun selepas itu berganti kebangkitan semula keluarga diraja Jepun. Pada era Meiji yang bermula pada tahun 1868 itu, negara Jepun telah bangkit sebagai antara kuasa ekonomi dan ketenteraan utama di Timur, sehingga menimbulkan gentar di kalangan negara-negara barat seperti Amerika Syarikat. Sungguhpun begitu, prospek kaum wanita di Jepun kekal suram. ”
“Peningkatan kadar kelahiran adalah keperluan pada masa itu, Sal-chan, demi memastikan kemandirian bangsa juga. Malahan pada dekad 30-an dan 40-an, kewajipan itu dikategorikan sebagai tugas patriotik wanita kepada kerajaan Jepun.” Kenji membangkang dalam desisan suara yang rendah. Pelayan wanita muncul bersama sajian ketiga, yakimono - kepingan ikan halibut panggang yang direnjis sagatan citron dan daun sansho.
Salwa menceber lagi. “Maksudmu, harga wanita ditentukan kesuburan sistem peranakannya? Argh, suatu kayu ukuran yang seksis! Bagaimana pula jika seseorang wanita itu tidak hamil kerana kegagalan suami?"
“Selepas Perang Dunia Kedua…" Kenji mengelap pinggir bibir yang sedikit basah dengan sapu tangan. Salwa mengangkat muka. Sekilas, pandangannya jatuh pada mangkuk nasi milik Kenji yang kosong.
“Selepas Perang Dunia Kedua, sebuah klausa yang menggariskan hak sama rata tanpa mengira jantina telah dimuatkan dalam penggubalan Perlembagaan 1947. Kod Hak Asasi pula telah disemak semula dan diluluskan dengan beberapa pindaan setahun kemudiannya. Antara hak wanita Jepun yang dijamin adalah aspek pemilihan pasangan hidup, keadilan dalam proses penceraian dan peluang mendapat hak penjagaan anak. Dari sisi undang-undang, lelaki dan wanita Jepun diiktiraf setaraf.”
“Secara teori ya, Ken-chan, tetapi tidak secara praktis.” Salwa tegas mengingatkan. Kedua belah kaki kelenguhan dilipat dan ditindih seluruh berat badan. Dia membuka simpuhan lalu santai bersila.
“Tetapi kuasa autonomi wanita Jepun dalam rumah tangga adalah autoriti penuh yang tidak boleh dipertikaikan sesiapa, termasuklah para suami. Wanita Jepun tidak lagi submisif, Sal-chan. Mantan Perdana Menteri Takeo Miki yang mengetuai parlimen pada akhir dekad 80-an misalnya pernah terang-terangan ditempelak isteri kerana tidak cekap dalam menguruskan kekemasan penampilan peribadi. Hak wanita Jepun tidak dinafikan, tetapi tetap terakukan. Cuma, arena pelaksanaannya sahaja yang berbeza.” Kenji mengujar panjang. Salwa menggeleng-geleng.
“Maaf, Ken, tetapi menjatuhkan air muka suami di khalayak bukan emansipasi padaku. Juga, aku tidak bersetuju langsung dengan pemisahan kepakaran yang dihalalkan atas alasan gender.”
Kenji mengerut dahi. Hidangan berat terakhir - kaunomono - nasi beras perang bersama jeruk sayuran ditolak ke tengah meja rendah. Wajah Salwa ditatap bersungguh. Salwa menyahut suruhan bisu dengan sayugia.
“Definisi emansipasi wanita, atau istilah ringkasnya feminisme itu pelbagai tetapi sebagai seorang Muslimah, aku berpegang pada Ayat 34 Surah An Nisa dari kitab suciku Al Quran.
Kenji mengangguk namun garis-garis yang menatari ruang di atas pundak tulang hidung masih belum berkurang.
“Selain daripada kelebihan fizikal yang termaktubkan, kaum lelaki dan wanita setara dalam segala aspek, Ken, terutamanya dalam perkara-perkara bersangkutan intelek dan rohani. Tuhan mengingatkan lagi melalui Ayat 124, juga dari surah yang sama: ‘Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka akan masuk syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikit pun.’ Janji Tuhan ini merupakan liberalisasi mutlak untuk para wanita. Tetapi sayang, aplikasi jikalau pun tidak sifar, masih di tahap paling rendah.
Iris Kenji berkilau sesaat, menyedarkan Salwa daripada kobar semangat yang meluap-luap.
“Engkau sebegini berapi-api membentang hujah, argh masakan kami orang lelaki tidak tercabar!" Kenji berseru sepatah.
Salwa tertawa, sedikit nyaring sehingga mengundang jelingan tajam pelayan wanita yang menatang dulang berisi hidangan ketujuh - moshi, pencuci mulut yang diuli khas dari tepung beras pulut dan dibalut kemas menggunakan daun sakura, selaras meraikan ketibaan musim bunga. Dia menjulingkan mata, memprotes tanpa suara. Kenji ikut tergelak namun bingkas bertukar serius apabila Salwa membuka mulut.
“Islam anutanku adalah agama yang syumul, Ken. Selain membebaskan wanita daripada sebarang kongkongan yang dipelopori budaya, ia juga menyediakan garis panduan agar wanita tidak terbabas dalam perjuangan mengejar kejayaan duniawi. Izinkan aku memetik sebahagian lagi Ayat 34 dari Surah An-Nisaa: ‘Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama.’"
Kenji mengeluarkan dompet kulit, membilang kepingan not-not hijau-kuning lusuh lalu diselit ke bawah vas yang menampung gubahan ikebana. Salwa kegopohan menggagau tas untuk berkongsi belanja namun Kenji menolak. Salwa tidak berkeras, memahami tetamu terlalu dimuliakan dalam budaya Jepun. Dia tersenyum.
“Tiada ruginya menyasarkan awan, Ken. Andai tidak kesampaian, paling tidak puncak gunung tergapai juga.”
Mereka meninggalkan ryokan dengan dihantar pelayan wanita dan tuan punya rumah tumpangan sehingga ke pintu utama, beriring ungkapan penghargaan tanpa putus dan lenturan badan yang dibalas selayaknya oleh Kenji. Salwa sekadar merendahkan kepala; adat aturan budaya Jepun yang satu ini adalah kepantangan baginya. Perjalanan menuju hotel penginapan berhampiran perhentian kereta api Shinagawa lancar, meski Salwa mendapati laku Kenji semena-mena pudar ceria.
“Untukmu,” Kenji mengunjukkan bungkusan berbalut kertas berwarna, bermotif tatkala teksi tumpangan menurunkan mereka di hadapan lobi hotel penginapan. Salwa menyambut dengan kekeliruan.
“Apa?” Dia ingin mendesak, namun Kenji melekapkan telunjuk kanan ke tengah bibir. “Biar sepuluh musim lagi pun, Sal-chan, aku rela menanti. Cuma, aku perlukan jawapan dan kepastian kesetiaan.”
Salwa kekagetan, terburu mengejar lif ke aras 16. Sebaik selamat dikurung privasi kamar peribadi, tangannya bingkas bekerja. Kertas pembalut dikoyak rakus, manakala kotak kadbod dibuka tergesa. Salwa hampir terjerit apabila jemari mengangkat, mengeluarkan isi.
Sepasang kimono ungu dari fabrik sutera berkilau dipanah sinar neon yang menerobos dari singkapan langsir tingkap yang tipis. Salwa merapikan gaun panjang bersulam motif bunga-bungaan sebelum mencapai obi yang bercetak lukisan serupa. Ketika itu, sehelai kertas putih bertulis tangan yang tersemat antara lipatan gaun dan obi melayah, jatuh mengucup lantai. Salwa pantas mengutip, retinanya bekerja menafsir baris-baris ringkas romaji dilakar Kenji.
“Sal-chan, masih ingat Hikayat Genji?
Kenji.”
Salwa tergegau. Argh, mana mungkin dia lupa! Hikayat Genji tulisan Shikibu Mursaki - seorang wanita bangsawan - yang diterbitkan pada kurun kesebelas merupakan salah satu teks terawal yang memperkenalkan konsep feminisme pada zaman purba Jepun. Kimono ungu. Salwa mengetap bibir, meramas gaun dan obi lalu dibawa dekat ke dada. Perisytiharan cinta tanpa berbelah bagi.
Glosari
kyushu - teko
sake - arak Jepun
joruri - lagu cinta sentimental
tatami - tikar buluh
ryokan - rumah tumpangan
shoji - pintu tipis mudah alih.
oshiroi - bedak muka putih yang dipakai oleh geisha
Sengoku Jidai - Perang Saudara
hashi - penyepit
jicama - sengkuang
miso - sejenis makanan tradisi Jepun.
kaiseki - makan malam tradisional Jepun.
-chan - panggilan mesra antara ahli keluarga dan teman rapat
ikebana - gaya gubahan bunga Jepun
sage - sejenis herba
obi - tali pinggang besar yang dipakai bersama kimono
romaji - tulisan bahasa Jepun yang menggunakan huruf-huruf Roman.

Friday, April 3, 2009

Cerpen - Dia Pilihanku- Part 1

Aku harap apa yang aku lakukan adalah betul dan tepat. Bukan aku ingin memutuskannya dengan sengaja tapi ada yang perlu aku jelaskan. Sudah terlalu lama aku pendamkan dalam hati namun tiada siapa yang ingin mendengarnya. Aku seringkali menjerit sekuat hati namun hanya sekadar di dalam hati. Entah bila aku jatuh cinta namun aku harap keputusan ku ini dapat diterima kedua-dua pihak, Azlan mahupun Hadi. Sudah puas aku memikir dan aku juga meminta pandangan daripada kawan-kawan aku.
"Zie, daripada ang do pikiaq menda camtuh ang lebih baik blajaq untuk masa depan and sendiri. Benda cam ni kita tak jangka pon. Ang akan kehilangan kedua-duanya.." Hasma berceramah bila aku luahkan perassan aku.
"Tapi Mah, bukan aku nak penting diri sendiri tapi aku dah lama mati hati sejak kematian Rashid. Hati aku dah tawar nak mencintai orang lain, tapi bila aku berjumpa balik dengan Hadi, hati aku bertaut kembali. Kau bayangkan aku ibarat budak baru belajar untuk mencintai seseorang. Aku rasa Azlan terlalu mementingkan diri sendiri. Kau bayangkan aku yang terpaksa pergi jumpa dia. Sedangkan jarak kami jauh dan dia memepunyai kenderaan. Sepatutnya dia patut memahami hati seorang perempuan."
"Tapi salah ko ialah, ko lambat bagitahu Azlan yang ko tu hanya anggap dia sebagai kawan. Yang ko gatal pi kapel ngan dia tu kebenda. Ha..rasalah skang akibatnya."
Sakit hati aku bila Hadi mula menjauhi diri dengan aku disaat aku mula mencintai dia. Tahukah dia yang aku menyukai dia. Walaupun datanglah Azlan yang berwajah tampan pun, aku tetap menyukai Hadi.
Apa yang seorang perempuan perlu adalah seseorang yang boleh melindungi dan merasa selamat bila disamping seorang lelaki. Aku bukan seorang yang memilih tapi aku merasakan yang aku betul-betul suka Hadi kerana cara layanan dia terhadap aku ibarat seorang gentleman. Kami mempunyai keserasian namun, dia menghilangkan diri. Walaupun dia dekat dengan aku, tapi aku rasakan dia tetap jauh dari sisi ku.
Kenapalah aku lambat bagitahu Azlan, kan masalah dah timbul. Mestilah dia akan menjauhkan diri bila dah tahu aku sudah berpunya. Tapi Azlan bukan pilihan hati ku, Hadi adalah orang yang bertakhta di dalam hati ku.
Kenapa begitu sukar untuk dia lafazkan yang dia juga sukakan aku. Aku tidak dapat memberitahunya kerana aku seorang wanita. Patutkah aku mulakan. Walaupun aku mengetahui dia sukakan aku namun aku ingin mendengarnya dari mulutnya sendiri.
Ia adalah kerana aku tak ingin pisang berbuah dua kali. Cukuplah derita yang aku lalui selama ini sehinggakan kawan-kawan aku labelkan aku sebagai perempuan besi, anti lelaki, macam-macam lagi.
Biarlah asalkan aku tahu apa yang perlu aku lakukan. Namun sekarang aku langsung tak dapat tumpukan perhatian aku terhadap pelajaran. Sumpah bukan aku yang memulakannya, tapi hati yang memulakan dulu peperangan ini. Tanpa Hadi dunia ku tidak lengkap. Aku menunggumu..

Thursday, April 2, 2009

Nukilan ku (Cerpen) - Janji

JANJI

Malam semakin tua dan kedinginannya menusuk hingga ke tulang hitam. Aku asyik memikirkan tentang apa yang diperkatakan oleh mak tadi.
“Anis bila nak kahwin? Umur Anis makin meningkat dan mak pula semakin tua. Sekurang-kurangnya mak nak tengok Anis kahwin sebelum mak tutup mata”
Arrghh…kata-kata mak tadi benar-benar menusuk hati dan jiwa. Aku tak tahu macam mana nak buat. Bukan aku tak nak kahwin tapi dah calon suami tak da. Aku teringin nak memangku anak seperti Lela, Zurin, Mira dan ramai lagi yang seangkatan dengan aku. Aku bukan memilih tapi jodoh macam tak boleh mendekati, bila mak usulkan aku pergi buat blind date dengan orang pilihan hatinya, semuanya aku reject. Entah kenapa aku rasakan aku sedang menunggu seseorang. Sekarang emak suruh aku jumpa dengan anak sahabatnya, Rizalman.
Malu masih lagi bertandang tatkala kami berdua keluar bersama. Nak kenal hati budi masing-masing la kononnya. Tapi rupa-rupanya dia hanya ingin menyindir aku.
“Hai orang belajar tinggi-tinggi melangit macam kamu ni takkan tak da yang tersangkut. Zaman sekarang ni zaman cari cinta, dah pupus dah zaman mak yang menyuruh pergi blind date.” Ishh..mamat ni nak kena karang. Aku dah la tak da mood nak bercakap. Dah la kena paksa jumpa dengan mamat senget ni. Nak kata rupa tu takda, ada la macam Azizan Nin tapi sorrylah aku tak berminat. Aku bukan jenis yang memandang rupa yang penting perangai tu perlu jaga.
“Macam nilah Encik Rizalman, saya pun tak sudi nak jumpa dengan awak terutamannya dengan orang berperangai tak senonoh macam awak ni. Tak kuasa saya nak datang tau, ni sebab mak saya yang paksa saya datang” Huh..padan muka, tu la nak mengata orang tengok kaki la. Aku ni kan peguam, tentulah pandai nak berbahas dengan manusia yang tak reti bahasa macam dia ni.
“Macam nilah, apakata lepas makan kita ikut haluan masing-masing. Lagipun saya rasa perjumpaan ini tidak akan kemana-mana” Aku memecah kesunyian kerana kami masing-masing ketiadaan modal untuk bercakap. Dia hanya menurut sahaja dan kami terus pulang selepas makan.

****************************************************************************************

Seminggu selepas perjumpaan itu, Rizalman menelefon aku. Entah apa yang nak diperkatakan pada ku. Emak pula bengang dengan tindakan aku. Katanya aku belum mengenali anak sahabatnya itu. Emak sangat menyukai Rizalman, entah apa yang menarik tentang dia aku pun tak tahu. Sampaikan jantung mak jadi lemah dan tidak boleh menerima apa-apa kejutan lagi selepas mendengar cerita aku. Mamat senget punya kerjalah, pergi mengadu sangat kat mak aku.
“Sorry pasal minggu lalu, saya tahu saya tak patut cakap begitu pada awak. Errmm..macam ni apa kata kita kahwin.” Katanya sambil tersengih.
Air yang aku minum tersembur ke mukanya. Nasib baik air kosong je. Aku menahan ketawa melihat reaksinya.
“Apa awak kata kahwin? Awak dah gila ke? Lagipun kita ni jadi sahabat pun tak boleh tau, kahwin lagilah” Aku hanya mengeleng kepala ku.
“Saya tahulah kamu terkejut, tapi tak payah sembur air kat muka saya.” Aku kesian melihatnya terkial-kial mengelap air semburan aku tadi. Tu lah padan muka sapa suruh buat kejutan bodoh macam ni. Tapi muka mamat ni nampaknya serius, ah pedulikan lah.
“Kamu ni lawaklah, kan kita bersetuju nak ikut haluan masing-masing. Kenapa nak ajak saya kahwin pula. Dah buang tabiat nampaknya kamu ni”
“Ya, memang saya dah buang tabiat, tapi saya perlu kahwin dengan kamu. Err..maksud saya, saya nak kahwin dengan kamu.” Pelik aku mamat ni, dah kahwin nikah ni bukan perkara main-main.
“Saya dah bercakap dengan mak kamu dan dia bersetuju nak kahwinkan kita berdua bulan depan” Burrr…habis melayang nasi yang aku makan ke muka dia. Namun dia nampak tenang walaupun dua kali aku tersembur nasi dan air ke muka dia. Nasib la sapa suruh buat lawak bodoh depan aku.
“Saya tahu kamu tak percaya jadi kamu telefon lah emak kamu kalau nak dapatkan kepastian” Tenang dan bersahaja je mamat ni berkata-kata, tapi aku ibarat duduk di atas bara. Aku tahu dia serius dengan kata-katanya.

****************************************************************************************

Emak mengugut aku, kalau aku tak kahwin dengan Rizalman, aku tak dibenarkan balik kampung. Alahai susahlah macam ni, ditelan mati mak, diluah mati ayah. Aku tersepit dengan keadaan begini dan aku terpaksa mengikut kata-kata mak namun mak tidak tahu yang aku membuat perjanjian dengan si mamat senget. Entah apa yang membuat dia terdesak sangat nak kahwin dengan aku. Kot-kot kena tibai oleh mak dia kot pasal aku ngadu dengan Mak Ngah Julia pasal anak dia memalukan aku masa pergi blind date. Bukannya aku tak kenal dengan emak Rizalman tu, aku selalu pergi main depan rumah dia masa aku kecil dulu, selalu juga emak dia menjamu aku makan cekodok pisang dan kini ia merupakan makanan feveret aku. Tika aku berjalan masuk ke dalam pejabat, setiausaha ku mendapatkan aku.
“Cik Syakira, Datuk panggil cik masuk dalam bilik Datuk selepas cik masuk ke pejabat. Katanya penting” Aku memandang sekilas setiausaha ku itu. Sudah lima tahun aku bekerja sebagai peguam di syarikat ini. Megah Indah Industri merupakan syarikat perkilangan kain utama di Malaysia dan aku diberi tanggungjawab besar memikul tanggungjawab itu. Namun aku seronok bekerja di sini kerana layanan Datuk Tarmizi ibarat ayah kepada aku. Katanya aku ibarat dia masa muda-muda dulu, tekun, bijak, pandai berkomunikasi dan amanah melakukankan kerja serta paling penting aku tegas dengan semua orang.
Tuk..tuk..
“Masuk” Aku mendengar suara dari dalam. Tentu suara Datuk, aku masuk dan perlahan-lahan menutup pintu dan melihat seseorang membelakangi aku.
“Apa yang Datuk ingin bicara dengan saya?” Aku menuturkan kata-kata ku dengan lembut kerana memang begitu perangai ku bila berhadapan dengan orang atasan ku, namun tidak bermakna aku membuli orang bawahan aku.
“Saya nak awak kahwin dengan saya” Aku terkejut dengan kenyataan itu dan tersungkur di lantai tatkala Datuk berpusing mengadap aku.
“Kamu…” aku tidak dapat berkata-kata selepas itu kerana dipermainkan oleh Rizalman dan kaki aku yang sakit kerana terseliuh semasa berundur kebelakang tadi. Rizalman berasa bersalah kerana mempermainkan aku. Dia cuba menolong aku bangun namun aku menepis tangannya.
“Wei, kau ni ada masalah otak ke? Dah la menceroboh masuk dalam bilik Datuk lepas tu kamu..kamu..ahh..tak guna aku bercakap dengan kamu. Kamu..” aku hampir terjerit apabila dia mengangkat aku ke sofa.
“Kamu jangan sentuh aku. Haram tau..” Dia hanya tersenyum dengan gelagat aku. Yelah sapa tak bengang bila tiba-tiba je mamat senget ni muncul depan aku dan masuk ke dalam bilik big bos. Heran macam mana mamat ni boleh masuk dan duduk di kerusi Datuk. Perkara ini bermain-main di fikiran aku.
“Hai Riz, papa masuk dalam bilik sendiri pun ada drama Melayu, hairan betul.” Haa..papa?? Papa mamat senget ni, opsss..Rizalman, maknanya Datuk Tarmizi tu bapa mertua aku. Aisey..bakal la. Kenapa la aku ni bengap sangat.
“Anis..Anis..takkan lah kerja kat sini selama lima tahun dengan uncle dah lupa muka hensem ni” Kedua-dua lelaki itu tersenyum ke arah aku. Aku dah bingung dengan drama Melayu yang dimainkan oleh kedua-dua lelaki di depan aku. Barulah aku perasan kerana mereka berdua agak mirip bila tersenyum.
“Pak Ngah Mizi?? Ya Allah, jadi selama ni Pak Ngah tahu yang Anis ni siapa. Jadi selama ini semua ini dirancang dan siapa yang jadi dalangnya?” Aku gembira dengan pertemuan ini namun aku masih marah dengan Rizalman kerana mempermainkan aku.
Rizalman mendekati aku dan menyarungkan gelang kristal berwarna ungu di tangan ku. Aku terkejut dengan tindakannya itu. Aku ingat ingat lupa dengan gelang kristal kemudian teringat hadiah itu adalah hadiah dari seseorang yang aku sayangi dan aku tunggu selama ini.
“Ijal??” Nama orang yang aku rindui selama ini. Tidak ku sangka yang aku telah melupai janji aku sendiri. Patutlah aku lambat menemui jodoh, rupanya jodoh yang di atur ini lebih indah dari segalanya. Aku bersyukur dengan apa yang di aturkan untuk aku. Tuk..kepala ku diketuk oleh Rizalman.
“Adui..sakit la Ijal..” Aku berpura-pura ketukannya itu menyakitkan padahal aku bahagia sebenarnya.
“Bukan Ijal tapi abang. Itu adalah hadiah untuk orang yang lupa tentang janjinya. Anis dah lupa ke yang kita berjanji yang kita akan berkahwin bila besar nanti. Abang sangat gembira bila Anis setuju untuk jumpa abang. Tapi lepas Anis kata kita ikut haluan masing-masing, abang terkejut kerana Anis tak mengingatkan abang dan sampai hati Anis pulangkan rantai tangan ini pada abang” Nadanya ku rasa sayu.
Sesungguhnya aku sengaja memulangkan raintai kristal itu kerana mereka sekeluarga berpindah ke luar negara semasa aku darjah lima. Nampaknya kami mengotakan janji yang telah lama kami meteraikan di bawah pokok sena.

****************************************************************************************
Rizalmanlah yang menjadi dalang disebalik semua yang berlaku. Memang aku telah terlupa dengan janji itu namun aku bersyukur Rizalmanlah orang yang telah menunaikan janji kami. Nampaknya semua orang menjadi tali barut Rizalman termasuklah emak aku sendiri. Patutlah macam-macam helah yang emak berikan tatkala aku bagitau yang aku tidak menyukai Rizalman.
Kini aku bahagia disamping Rizalman, suamiku dan juga sahabat waktu kecilku. Tambahan pula aku kini berbadan dua dan kegembiraan kami telah pun berganda. Semoga kebahagian yang aku kecapi ini akan berkekalan. Amin.

S&T

Salam, ada banyak keja yang perlu dilakukan. Kekadang tu lupa pada makan..hermm...aduhai hari ini banyak pening pasal praktikal x lepas2 lagi. Harapkan saper lagi kalu bukan KP...huhuhu..hari ini, presentation S&T, fuh lepas satu fenin. Yelah, tido kul baper malam semalam untuk siapkan sume tu. Kalaulah kamera x wat hal, tentu kitorng punya gempakla. Tapi...malangnya x menjadi. Apa yang perlu wat adalh dokumentari pasal Sains dan Teknologi...grup kitaorangwat pasal Sprulina untuk pertumbuhan haiwan. Alhamdullilah...akhirnya siap sudah kerja kami.. Punyalah kami pulun2 wat S&T....Apapun, kitaorg da sukses. yeyeye...Au revoir