Aku harap apa yang aku lakukan adalah betul dan tepat. Bukan aku ingin memutuskannya dengan sengaja tapi ada yang perlu aku jelaskan. Sudah terlalu lama aku pendamkan dalam hati namun tiada siapa yang ingin mendengarnya. Aku seringkali menjerit sekuat hati namun hanya sekadar di dalam hati. Entah bila aku jatuh cinta namun aku harap keputusan ku ini dapat diterima kedua-dua pihak, Azlan mahupun Hadi. Sudah puas aku memikir dan aku juga meminta pandangan daripada kawan-kawan aku.
"Zie, daripada ang do pikiaq menda camtuh ang lebih baik blajaq untuk masa depan and sendiri. Benda cam ni kita tak jangka pon. Ang akan kehilangan kedua-duanya.." Hasma berceramah bila aku luahkan perassan aku.
"Tapi Mah, bukan aku nak penting diri sendiri tapi aku dah lama mati hati sejak kematian Rashid. Hati aku dah tawar nak mencintai orang lain, tapi bila aku berjumpa balik dengan Hadi, hati aku bertaut kembali. Kau bayangkan aku ibarat budak baru belajar untuk mencintai seseorang. Aku rasa Azlan terlalu mementingkan diri sendiri. Kau bayangkan aku yang terpaksa pergi jumpa dia. Sedangkan jarak kami jauh dan dia memepunyai kenderaan. Sepatutnya dia patut memahami hati seorang perempuan."
"Tapi salah ko ialah, ko lambat bagitahu Azlan yang ko tu hanya anggap dia sebagai kawan. Yang ko gatal pi kapel ngan dia tu kebenda. Ha..rasalah skang akibatnya."
Sakit hati aku bila Hadi mula menjauhi diri dengan aku disaat aku mula mencintai dia. Tahukah dia yang aku menyukai dia. Walaupun datanglah Azlan yang berwajah tampan pun, aku tetap menyukai Hadi.
Apa yang seorang perempuan perlu adalah seseorang yang boleh melindungi dan merasa selamat bila disamping seorang lelaki. Aku bukan seorang yang memilih tapi aku merasakan yang aku betul-betul suka Hadi kerana cara layanan dia terhadap aku ibarat seorang gentleman. Kami mempunyai keserasian namun, dia menghilangkan diri. Walaupun dia dekat dengan aku, tapi aku rasakan dia tetap jauh dari sisi ku.
Kenapalah aku lambat bagitahu Azlan, kan masalah dah timbul. Mestilah dia akan menjauhkan diri bila dah tahu aku sudah berpunya. Tapi Azlan bukan pilihan hati ku, Hadi adalah orang yang bertakhta di dalam hati ku.
Kenapa begitu sukar untuk dia lafazkan yang dia juga sukakan aku. Aku tidak dapat memberitahunya kerana aku seorang wanita. Patutkah aku mulakan. Walaupun aku mengetahui dia sukakan aku namun aku ingin mendengarnya dari mulutnya sendiri.
Ia adalah kerana aku tak ingin pisang berbuah dua kali. Cukuplah derita yang aku lalui selama ini sehinggakan kawan-kawan aku labelkan aku sebagai perempuan besi, anti lelaki, macam-macam lagi.
Biarlah asalkan aku tahu apa yang perlu aku lakukan. Namun sekarang aku langsung tak dapat tumpukan perhatian aku terhadap pelajaran. Sumpah bukan aku yang memulakannya, tapi hati yang memulakan dulu peperangan ini. Tanpa Hadi dunia ku tidak lengkap. Aku menunggumu..

No comments:
Post a Comment